Wednesday, September 21, 2016

Yeah...finally :)


Si kecik comel ni dah 14 bulan.
Bahagian mata ada sikit-sikit ikut arwah nenek.
Terubatlah sikit rindu mama pada arwah.
Time pregnant dulu, memang selang 1,2 hari mesti mimpikan arwah.
Peliknya before that memang susah sangat nak mimpi arwah.
Sampai sebelum tidur cuba belek2 gambar arwah & mengimbau all the memories, pun masih tak dapat nak jumpa arwah dalam mimpi.
Maybe masa pregnantkan Nawwar macam2 perasaan ada.
Maklumlah pertama kali bersalin tanpa mak.
Mungkin itu sebabnya.
Alhamdulillah, bila sampai waktunya, Allah permudahkan.

Dari hari pertama kenal dunia sampai sekarang, susah betul Nawwar nak tido.
Masa dekat hospital, sharing 4 bilik (ramai pulak orang bersalin, single room semua penuh).
Jadi takkan nak switch off air-cond.
Time tido malam, minta nurse bawa ke nursery sebab takut baby sejuk.
Tapi every 1/2 hour nurse hantar balik sebab baby menangis nak susu.
At the end, kesian kat nurse asik ulang alik.
So bawa dia tido sekali kat bilik.
Dari malam pertama dia dah buli mama.
Semalaman kurang tido sebab susukan dia.
Saya fikir mungkin dia lapar sebab before bersalin saya tak sempat nak lunch.
Jadi ingatkan 1st day jek tapi sampai sekarang pun tido sekejap2.
Banyak betul energy dia (bagi mama sikit pun takpe, nak).
Terbalik pulak. Masa pregnant, saya kuat tido.
Agaknyer time saya tido, dia sibuk main dalam perut.
Sampai keluar perut pun, masih kuat main lagi.
Tidur siang 1,2 kali, kenkadang tak sampai sejam.
Asik kena complaint ngan mama no. 2.
Malam toksah cakap. 1,2 jam sekali cari mama.

Sekarang dah ok sikit. Dapatlah mama tido lama.
Papa dia memang tetiap malam tido lama, yelah kalo bangun pun bukan boleh buat aper2.
Siang malam berkepit ngan mama.
Anak bongsulah katakan. Eh, dah consider bongsu ker??? Hahahaha....
Bila dah pro berjalan ni, kurang sikit berkepit ngan mama (time nak tido jek cari mama).
Turn berkepit ngan papa pula. Yeah!
Pantang nampak papa bangun berjalan, dah mula merengek minta keluar rumah.
Lega sikit, dapatlah mama buat kerja rumah ngan aman :)

Tuesday, September 20, 2016

Mood mengimbau lagi...

Lupa plak nak letak gambar luar rumah in previous entry.
Masa attachment kerja, datang balik ke rumah lama.
Masa student pernah berhajat bawa family ke sini.
Tapi tak kesampaian.
Alhamdulillah, lepas kerja Allah bagi rezeki bawa mr-ab.
Insya-Allah, will brings the kids 'balik kampung' too.




















"Kawana (加和奈) Ko-porasu (コーポラス)".
My place name is Kawana (川奈also but they spell the house name in different kanji character.
Ko-porasu is short form for corporate house.
I'm not sure got differences or not but I think diorang suka hati classified the house.
Kalau rajin silalah google sendiri.

























Satu building ada 8 buah rumah jek.
Kalau kat Malaysia rasanya taraf studio apartment.
Rumah saya yang tingkat 2, dua dari kanan (yang ada plastic hitam).
Kat sana, orang pompuan tak digalakkan duduk tingkat bawah.
Sbb byk orang pelik yang suka skodeng orang.
Seriously mmg byk, their character gap to each other sangat besar.
Tapi sometimes seronok jugak, colourful...hahahaha..
Rumah owner, sebelah kanan building ni (tempat saya ambil gambar).
Tetiap bulan housemate jalan kaki jek bayar sewa.
Sebelum owner setuju bagi sewa kat kami, dia interview dulu sebab dia tak percaya foreigner.
Tapi bila melihat muka kami yang innocent ini, barulah dia setuju.

























Inilah bus stop ke university saya, Yasuda Doori - Jalan Yasuda.
Depan nursery / pre-school.
Sementara tunggu bas, sometimes ada bas cute mute bentuk animal berhenti sebelah bus stop ambil budak.
Budak-budak pun sangat excited naik bas macam nak gi zoo :p
Sekian, tamat mood mengimbau.

Sunday, September 18, 2016

Farewell Party...again



July, Aug, Sept...Farewell Party month.
Last month, Chuah (my senior for 1 year) & Shela (my junior for 1 year) resigned.
Chuah will open pre-school, Q-Dees at Banting (suit her character, I think).
While Shela left for another job at Nilai, near her house.
Her husband work at Negeri Sembilan. So berulang every day would be quite tiring.
Me? Still here but will have a big changes in my life around Oct or Nov.
Frankly speaking, saya agak nervous.
May Allah ease my family journey.

The main reason why I still working here because of distance.
Dulu masa zaman student, 6 bulan pertama duduk university residence.
Dekat...5-10 mins by bicycle. Lunch time boleh balik makan, solat.
Cuma penat tang naik bukit.
University atas bukit, datang dari mana pun kena naik bukit dulu.
Lepas 6 bulan, kena keluar residence & pindah masuk rumah.
Share bertiga (sebab nak jimat). Allowance memang cukup untuk duduk seorang.
Tapi nanti tak dapat nak jalan2 or balik Malaysia selalu.
Lagi 2 orang, both same uni tapi different uni from me.
So rumah kami jauh sikit dari uni saya.
Naik bicycle dalam 40 mins (kalo pecut sikit, bolehlah kurang 10 mins).
Naik bas pun, takdelah cepat sangat.
Perjalanan lebih kurang 30 mins (tau lah bas Jepun, sangat berhemah).
Kalau terlepas pulak kena tunggu another 30 mins.
Kalo naik subway pun, kena interchange subway.
Time tu, subway station depan university belum siap lagi.
So from exit to university another 10 mins by walk (speed org Jepun, speed org Msia add another 10 mins).

Setahun jek duduk rumah tu. Then moved to another house.
Kali ni duduk berdua sahaja & pilih rumah in between both uni. Adil.
Naik bicycle tanpa pecutan dalam 25 mins.
Tapi walau macam mana pun still kena daki bukit.
Awal2 dulu gagah juga kayuh daki bukit.
Dah semakin tua, tolak aje bicycle.
Tu yang zaman student kurus kerempeng.
Tapi kalau dah malas sangat, naik bas.
Since rumah pun dekat dengan main road to university, so bas lagi banyak lalu.
Zaman student selalu jugak tuang kelas, espcially 1st kelas pagi & time winter.
Time winter, kalau nak keluar selimut tu memerlukan daya kekuatan yang amat tinggi.
Belum lagi nak mandi.
Dahlah rumah kedua ni agak miskin sikit.
Separuh kayu & kalau nak mandi, kena tunggu around 15 mins,
barulah air panas sebab pakai heater dapur gas.
Pernah sekali orang sebelah rumah tido, then terlanggar dinding, habis semua keychains kat dinding jatuh.


- Inilah bilik saya. Zaman student suka warna biru & hijau lembut. Dah tua2 ni, macam takde warna peberet jek :p. Ni rumah kedua. Rumah pertama tak pakai camera digital lagi. So takde softcopy. Rumah pertama lagi besar tapi jauh dengan banyak benda.


- Dapur kami yang cute. BTW, housemate saya yang paling kiri, tudung warna cream. Kawan since high school. Dia baik & blur, so senang kena buli...hahahahaha...


- Di belakang tu bilik housemate saya. Dipisahkan dengan pintu kayu Jepun. Basically kalo dia berdengkur, saya boleh dengar apatah lagi kalau cakap telefon. Dulu masing2 pakai earphone nak tengok TV. So takdelah mengganggu each other.

Jadinyer bila dah keja, memang seboleh2 nyer nak cari tempat keja yang dekat ngan rumah.
Sebab 5 hari bekerja , 2 hari jek pun nak jalan2. 2 hari penat lebih berbaloi dari 5 hari penat.
Bila dah beranak3, lagilah kalau boleh nak yang dekat.
Senang kalau ada aper2.
Ada juga orang cakap rugilah, belajar jauh2 tapi keja kilang jek.
Keinginan tu memang ada nak buat something yang more worth it to my knowledge.
Lagi2 bila tengok kawan2 yang lain yang dah berjaya.
TAPI.....hanya ibu2 yang memahami.
Takpelah berkorban untuk anak3.
Now is their time untuk rasa aper yang pernah saya rasa masa zaman kanak2 dulu.
And I hope I can give better.
Bila diorg dah quite independent, manalah tau masih ada berpeluang to do something yang lebih baik, kan.

Wednesday, September 07, 2016

Happy 34th birthday to me :)

Alhamdulillah...masih berkesempatan menyambut hari lahir yang ke 34.
2 tahun lepas this was my story for my birthday.

Happy 32nd birthday to myself

Sebenarnya 10-12 years ago was a hard time for me.
Tak tahulah time tu berapa gelen air mata saya tumpah.
Dan sebenarnya selepas hari lahir yang ke 24, barulah saya perform solat istikharah consistently even takde calon.
Bukan apa sebab saya takut kalau saya solat istikharah, my judgement is base on what I want.
The sign tak semestinya dalam bentuk mimpi, kan. It might be in some other way.
But somehow dalam masa tiada calon, 3 kali saya bermimpi yang sama.
And saya pernah terima seseorang but after that rasa yang sangat uneasy yang tak boleh nak describe.
So after a week, saya memilih untuk berkawan sahaja.
And tak lama selepas itu, saya pun berjumpa dengan suami saya.
After that, barulah boleh relate dengan mimpi saya.

Hari lahir yang ke 34 saya tidak mengharapkan apa2.
Cuma nak menambahbaik perkara-perkara yang basic (Uish...basic pun masih banyak lompong lagi).
Macam yang dikata, suatu masa dulu saya pernah jiwa kacau.
Bila jiwa kacau memang rajin baca Quran, solat sunat, etc, etc, etc.
Tapi bila dah tak berapa kacau, amalan makin kurang.
Jadi bagi saya takpelah berubah sikit2, yang penting istiqamah.
Yang terlalu drastic, mungkin tak kekal lama.
Find your own phase :)

Wednesday, August 31, 2016

Ada Apa Dengan Hari Merdeka

Setiap kali hari merdeka, saya begitu teruja.
Kenapa?
Kerana hari itu adalah hari pertama saya bergelar mama.

Naufal birthday story

Sekejap sangat 6 tahun berlalu.
Happy Birthday, my merdeka boy, Pilot Naufal.
Semoga menjadi anak yang soleh, berbahagia dunia akhirat & sentiasa dirahmati & dilindungi Allah.
AMEEN.

Errr...banyak lagi doa mama. Ni sebahagian sahaja.

Tuesday, August 16, 2016

Happy 8th anniversary to us

Masa saya form 2, ada seorang ustazah suka bercerita tentang realiti sesebuah perkahwinan.
Antara yang paling saya ingat, ustazah ada penyakit since kecil, jadi memang selalu sakit.
Jadi sedari zaman sekolah, setiap kali lepas solat, ustazah selalu berdoa dipertemukan dengan jodoh yang baik.
Alhamdulillah, suami ustazah memang sentiasa menjaga ustazah ketika sakit & meguruskan rumah tangga.

Dan sejak itu, itulah salah satu doa saya selepas solat.
Walaupun telah bertunang, saya masih berdoa dipertemukan jodoh yang baik tanpa menyebut nama tunang saya.
Bagi saya, hanya Allah yang mengetahui jodoh yang baik untuk saya.

Dan hari ini, tahun kelapan perkahwinan kami.
Semakin lama usia perkahwinan kami, semakin saya memahami erti sebenar jodoh yang baik.
Jodoh yang baik, tak semestinya seorang ustaz atau alim ulama.
Jodoh yang baik adalah jodoh yang mampu menjadikan kita orang yang lebih baik (lebih menghayati agama) & bersesuaian dengan personaliti & situasi kita.

Dan untuk yang masih belum bertemu dengan jodoh, ubahlah diri sendiri dulu jika ingin jodoh yang baik.
For example, kita inginkan pasangan yang sama-sama berpegang tangan untuk lebih menjiwai Islam.
Tapi dalam masa yang sama, kita tak pernah berusaha untuk menaiktaraf perkara2 basic dalam Islam.

Dan untuk yang sudah berkahwin, jika apa yang diinginkan tidak kesampaian, banyak2lah berdoa.
Same rule apply, ubah diri sendiri dulu sebelum ubah partner.
Yelah, kalau gi jalan2, suami on time solat, jadi isteri kalo tak solat, malu jugak kan.
For us, masih jauh lagi perjalanan, masih terlalu awal untuk dikatakan berjaya.
Semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinan & keluarga kami.
AMEEN.

Friday, July 29, 2016

Bye Bye Nagata-san

Yesterday was last day of my DM, Nagata-san.
Nak balik Jepun dah.
Hai, bilalah kitaorang nak balik kampung ni.
Nak tunggu anak3 besar sikit kononnyer, tapi bila dah besar, keluar yang baru pulak hahahaha....

Adik kesayangan yang rajin handle bab2 party cuti kawen pula.
Jadi saya tolong organize farewell party.
Sekali sekala in 10 years, apa salahnyerr,kan.
Sebelum decide which restaurant siap test makan dulu.
Sejak ada anak3 kecil, memang jarang makan luar.
Kalau makan pun, more to kids friendly restaurant (read KFC).
So memang kurang knowledge bab2 JJCM ni.
Kalau boleh, biar semua yang membayar rasa puas hati.

Enjoy the photos (credit to Zarida & company photographer,Azreen).





At the same time...



Besar dah orang bujang mama :)

Thursday, July 21, 2016

Happy 1st Birthday Dr. Nawwar!

Alhamdulillah, genap setahun anak soleh mama, Dr. Nawwar.
Hahaha..dah 'cop' siap2 title tu.
Kata-kata tu kan doa, rugilah seorang ibu kalau tak mendoakan yang baik2 untuk anak3nya.
Dah beruntunglah anak2 yang masih ada ibu.
Kerana walau terpesong jauh pun perjalanan,
Insya-Allah berkat doa ibu, pasti akan kembali ke jalan yang benar.
Kenapa doktor?


Sebulan sebelum hari kelahiran Nawwar, berkali-kali saya ingatkan dia supaya keluar selepas pulang semula ke rumah sendiri.
Takpe, kalau pregnant, cakap ngan perut sendiri, orang tak cakap gila.
Berdasarkan pengalaman yang lalu, abang ngan kakak memang jenis tak sabar2 nak keluar.
Jadi kami plan tak nak pulang beraya, walaupun due 3 minggu selepas Hari Raya.
Tapi kesian pula pada abang kakak nya yang tak dapat beraya di kampung.
Mak bapak tak beraya takpe, anak2 tak boleh tak beraya.

Nekad juga balik Melaka walaupun tahun itu turn beraya hari pertama di Paka.
Sempat juga beraya hingga hari ketiga, dari Alai hingga rumah ibu ayah di Kuala Linggi.
Tahun lepas memang tak berani nak balik beraya di Paka seperti kebiasaan.
Balik 2 jam lebih ke Melaka pun saya dah sakit belakang, apatah lagi yang lebih dari itu.
Ini kali kedua tak balik beraya di Paka.
Kali pertama sebab bersalinkan Naufal.
Alhamdulillah, setakat ini Allah permudahkan kami untuk beraya di kedua2 kampung walaupun seorang di selatan, seorang di timur.
Jadi tak kisah kahwin dekat atau kahwin jauh, kalau ada niat nak jumpa keluarga, Insya-Allah dipermudahkan.

Raya keempat, suami bekerja seperti biasa, saya masih bercuti di rumah dengan abang kakak.
Sepanjang mengandung, syukur sangat2 abang kakak sangat berdikari.
Kenkadang bila papanya tiada, walaupun saya tertidur, mereka tahu cari makanan sendiri dalam peti sejuk.
Mengandung yang ketiga memang agak memenatkan berbanding sebelumnya.

Sebenarnya saya tak apply pun cuti raya untuk hari yang kelima.
Sebab annual leave dah abis, kena tunggu hujung bulan baru masuk.
Terlintas juga dalam hati, kalau terus maternity leave best jugak.
Raya kelima ada check up di KK.
Ramai nurse masih bercuti, jadi yang in-charge saya senior nurse (panggil aper ye yang pakai baju biru tu)
Rasanya lepas dia betul2kan position baby dalam perut, lepas check up saya mula rasa sakit belakang sikit.
Then hilang, sejam kemudian datang balik.

Dulu masa Naufal, saya memang tak perasan sebab tengah tidur.
Lepas sahur baru rasa sakit belakang (tak lah sakit sangat).
Bila nak solat Subuh, baru perasan ada darah sikit.
Tapi setengah jam kemudian dah full contraction.
Jadi berdasarkan pengalaman Naufal, kali ini saya agak alert sikit.
Bila jam yg ketiga pun sama, saya terus ambil laptop siapkan pending item.
Sebab terlalu kelam kabut, sampai kena block dengan company network.
Keluar rumah dah dekat pukul 3, niat di hati nak lunch KFC ngan anak2 tapi xsempat.
Saya cuma sempat breakfast dengan cekodok yg husband saya gorengkan, kurma sebiji & air zamzam.
Itulah air selusuh saya :p
Abang kakak pula saya tinggalkan di rumah mama no. 2.
Bila ditinggalkan dua2 menangis semahu2nya.
Selalunya bukan main seronok kalau gi umah mama no. 2.
Bila anak2 dah menangis, saya pun mulalah berdrama dalam hati.

Sampai hospital dekat pukul 3:30, saya ingat kalo dah buka 1,2 cm nak minta induce the next day.
Konon nak same date ngan adik saya tapi tengok2 dah 6cm.
Terus kena hantar ke labor room. Tak sempat nak lunch.
Doktor tak bagi pun. Nanti termuntah katanya.
Anak pertama & kedua, bila contraction saya sedut gas, tapi kali ni nurse tak bagi.
Dia kata tak payahlah dah dekat dah, tak sempat nak prepare..huhu...saya tau alasan jek tu.
Jadi terkeluarlah sikit suara ayu2 jantan & tumbuk2 manja dengan husband saya masa contraction.
Alhamdulillah, beberapa minit sebelum Asar , lahirlah Nawwar dengan sekali push, dah ader kemajuan sikitlah compare to previous one.

Tuesday, July 19, 2016

7 tahun lepas....



Entry pada tarikh yg sama 7 tahun lepas, ketika itu saya di Jepun, suami di Malaysia.
Tak sampai setahun pun berkahwin, tak sempat merasa kasih sayang mother in law.
Apatah lagi father in law sudah lama meninggal dunia sebelum kenal suami lagi.

Last balik Malaysia masa cuti golden week, arwah MIL minta bawak balik beras Jepun sebab masa arwah kecik2 selalu makan beras Jepun yang dah dikeringkan (bukan beras baru tau).
Tapi setahun kemudian, kami jumpa beras tu masih elok belum dibuka.
Dan masa last saya balik, arwah minta maaf pada saya walaupun tiada salah apa2.
Mungkin tika itu dah dapat petanda....

Friday, June 17, 2016

Kerana kopi....

Esok dah 12 hari berpuasa. Cepatnya...
Hari Khamis minggu sebelum berpuasa, Nawwar demam campak.
2 weeks before, dah kena. Belum abis keluar lagi agaknya sebelum ni.
Nawwar kalau demam, manjanyer Ya Allah...nak berdukung saja. Tidur pun nak diriba.
Boleh tahan penat.

Hari Sabtu, lepas Nawwar baik demam, saya pula rasa lenguh2 satu badan, macam sakit2 sendi.
Nak sujud masa solat kaki rasa menggeletar.
Badan rasa panas suam2 macam nak demam.
Penat sangat kot menjaga Nawwar demam.
Makan panadol, lepas berpeluh2, dah rasa segar semula.

Esoknya, pergi shopping baju raya anak3.
Tahun ni lambat sikit sbb ada si kecik.
Beli awal sangat takut tetiba dekat nak raya, Nawwar membesar dengan jayanya.
Masa Lutfiah dulu beli 2 bulan awal, time raya pakai dah sendat.
Ramai jugak yang shopping last minute.
Balik rumah dah keletihan. Tahulah bila shopping ngan anak3.

Malam dah mula nak demam. Gagahkan diri juga masak bodoh2 untuk sahur.
Time sahur tekak rasa dah tak sedap tapi paksa diri makan.
Kang melepek pulak time kerja. Nak pump lagi.
Tapi makin dipaksa, makin tak larat.
Pangkal tengkuk hingga ke bahu terasa amatlah berat.
Kepala dah start pusing bila berdiri.
Nak berjalan kena pegang something.
Nak gi kerja? Memang taklah,kan.
Makan panadol tak jalan. Kepala still sakit. Tak pernah kena migrain.
Pertama kali sakit kepala sampai menangis.
Time bersalin pun tak menangis.
Perut lapar, tapi tak lalu makan. Angin pulak masuk perut. Makan sikit, muntah balik.
Badan panas suam2.

The next day pergi klinik, doktor suruh check darah. Takut denggi.
Alhamdulillah, takde aper2. Doktor kata viral fever maybe jangkit dari Nawwar.
Teruk betul antibodi mama dia. Dah transfer ke 3 orang, gitulah...
Pertama kali pergi klinik kesihatan bahagian pesakit luar (selalu gi klinik ibu & anak jek), sampai tersalah masuk bilik.
Doktor tanya first time ke. Saya pun terangguk2 malu.
Layanan doktor memang tip top. Plus explaination yang agak details & memuaskan hati.
Lepas ni pergi sini jelah kalau sakit. Sama lama jek menunggu dengan klinik swasta.
Dapatlah segala macam ubat termasuk antibiotik.
Gi klinik swasta dapat paracetemol jek.

Hari ketiga masih lagi lemah tapi dah beransur pulih.
Dah lama tak sakit teruk.
Rasanyer last sekali 3,4 bulan lepas bersalinkan Lutfiah.
Tu pun demam urat sbb penat sangat.
Kali ni sakit dia mmg lain macam.
Dah makin berusia, dugaan sakit pun makin hebat.
Mr-ab kata sebab saya suka minum kopi.
Abih tu, nak buat camne saya memang hantu kopi.
Tapi sebagai isteri mithali (eceh), saya ikut juga cakap dia.
Dah dekat 2 minggu ni, baru 3 kali saya minum kopi.
Quite a good achievement for me :)

Bila sakit2 macam ni, rasa begitu bersyukurnya saya selama ni Allah bagi rezeki sihat.
Tapi tulah, kenkadang kita lupa, kan.
Sibuk pula meminta2 rezeki yang selainnya.
Kali ni Allah bagi reminder kaw kaw punya.
Jangan lupa untuk selalu muhasabah diri, ye Puan Azimah.

Sunday, May 29, 2016

Ramadhan tiba

Sekejap jek dah nak masuk Ramadhan.
Tahun lepas, bulan Ramadhan tengah menghitung hari.
Due 2 minggu lepas Raya.
Tapi kalau ikut trend, yang pertama awal seminggu, yang kedua awal 2 minggu.
Jadi secara logik berkadaran, yang ketiga, awal 3 minggu lah,kan.
Tetiap hari bercakap dengan baby dalam perut yang mamanya nak beraya dulu.
Alhamdulillah, mengikut kata.
Salah satu moment yang paling best & sangat dirindui time pregnant was bercakap dengan baby dalam perut.
Sebab kalau tak pregnant, buat camtu nanti orang kata gila pulak....hahahahaha...

Ramadhan tahun ni, Nawwar dah 10 bulan.
Lega sikit sebab dah agak kurang kebergantungan dengan mamanya.
Teringat masa Ramadhan 2012, Lutfiah belum 6 bulan lagi.
1st day puasa, sampai pening2 dibuatnya.
Kebetulan pula cuti, terbaring lesu. Lutfiah pun melekap jek, maybe sebab tak puas.
Hari kedua till last, sahur mmg make sure makan kurma byk2.
Air pun sumbat selagi boleh.

Oklah, Selamat Menyambut Ramadhan.
Kena tidur awal.
Besok nak bersilat kat dapur, nak buat frozen stock banyak2.
Saper kata working momma takde masa nak masak untuk buka puasa.
Sekarang kan dah banyak tips & tricks untuk time efficiency. Google jek.
Yang penting rajin atau tidak.
Nak deliver ngan doktor perempuan tapi at the same time asyik cakap pasal suri rumah lebih baik.
Sangat2 contradict. Please, please make up your minds.
Yang penting percaya Allah jadikan setiap makhluk ada tugasnyer, walaupun sekadar mengasah kuku tetiap hari untuk suami.
Eh, eh, dah melalut pulak.
Sebenarnyer nak cerita pasal hari ibu, tapi dah nak masuk hari bapa dah ni.
Valid lagi ke?
Next lah, ye (entah bila).

Friday, May 06, 2016

Baju pregnant

First time saya pakai baju ni, masa nak gi kerja.

mr-ab : baju pregnant ke ni?
mrs-ab : hai lah...bini pakai baju longgar2 kata baju pregnant pulak. pakai baju ketat2 kang baru padan muka. lantak lah, dosa bukan azi tanggung pun.
mr-ab : yelah...yelah... (ayat normal mr-ab bila dah surrender)

Tapi before saya tutup pintu kereta, saya malas nak ikut dia parking kereta, so saya turun dulu ikut gate depan, dia kata, "cantek arini."
Uish, rasa nak melompat.
Kitaorg kan agak rock, jarang adegan puji-memuji ni, kalau ada maksudnya mmg betul2 punya tau.
Bukan for the sake of puji.
Tu yang pagi tu kembang berbunga2...hehehehe...

Insya-Allah, tengah berusaha untuk melabuhkan, melonggarkan & menutup apa yang patut.
Kayuh pelan2. Tapi bukan senang nak lawan nafsu.
Kenkadang beli baju muslimah, bila nampak gedoboh, saya mintak tailor tolong alter sikit bagi nampak cutting.
Kenkadang gi keluar sekejap, mulalah hati acah2 kata tak payahlah pakai stokin, sekejap jek.
As a woman, by nature of course ada perasaan nak dilihat cantik, bergaya, vogue, up to date & sewaktu dengannya.
Tapi bila dah kahwin, kalau betul2 nak bahagia hingga ke jannah (macam orang sekarang dok kata), kenalah berusaha lebih sikit, kan. Berusaha hingga terbiasa.

Ni gambar masa bercuti ngan BFF / Nagoya Girls 2002 on 1st May.
Before this just gossip2 from lunch until tea time, tapi selalu rasa macam sekejap sangat.
So this time decide nak overnight sekali kat hotel since Sarah pun balik bercuti.
Taklah pergi jauh2 sebab nak bergossip jek pun, so just lepak2 hotel Shah Alam.
Lagipun malas nak redah jam time cuti Labour Day.
Alhamdulillah 14 tahun sudah (if count from Nagoya time).
Dah sama macam Ada Apa Dengan Cinta plak.
Bersyukur ada kawan2 yang baik. Mungkin, bukan semua orang merasa.

Saturday, April 16, 2016

Bleeding & miscarriage


Entry lama masa mengandungkan Naufal yang saya revert to draft.
Masa tulis entry ni, before Chinese New Year.
Ingatkan balik Melaka masa Chinese New Year, takde problem sebab dekat compare ngan Paka.
Tapi lepas pergi rumah Ibu (mertua abang), the next day terus bleeding.
Makin teruk compare to sebelum2 ini.
Doktor bagi rehat seminggu.
Kebetulan balik kampung, dapatlah bermanja2 ngan arwah Mak.
Masa tu arwah Mak betul-betul jaga.
Janganlah gatai2 berjalan-jalan, terus kena bebel.
Disuruh baring sahaja, memang sesungguhnya sangatlah bosan walaupun bercuti panjang.

Baru-baru ini ada 2 orang sahabat saya yang keguguran anak yang pertama.
Masa saya bleeding, my gynae cakap memang normal anak pertama selalu bleeding.
Sebab rahim tak biasa lagi.
Tapi kalau keguguran pun, jangan bersedih.
Sebab more than 90% yang miscarriage normally tak sempurna.
Kalau survive pun, kemungkinan ada banyak masalah selepas bersalin.
Allah sayangkan kita. Tak nak bebankan kita di kemudian hari.
Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita.
Sentiasa bersangka baik.

Kepada sahabat2 saya, Insya-Allah ada rezeki lagi.
Berdoa banyak2,ye.

Sunday, April 10, 2016

Happy 10th Anniversary to me



Memula bila dapat offer letter ni (letter ke email?), saya memang plan nak keja 2 tahun jek sebelum lompat ke company lain.
Tapi entah macam mana, masa induction kat Tamagawa, jumpa 2 orang from Malaysia tengah buat attachment.
Oklah, tukar target, kalau lepas 2 tahun tak dapat attachment offer baru tukar keja.
Saya memang nak merasa working experience in Japan.
Tapi masa final year, result saya dah nyawa2 ikan (refer entry saya sebelum ni), jadi susah nak dapat keja kat sana.

Year 1 - 2006 :
Memula masuk dah buat drama swasta.
Kononnyer nak start new life tapi terlalu cepat plak.
Tapi kali ni maybe sebab dah ada pengalaman, so agak relax sikit.
Memang takde rezeki untuk itu, tapi end of the year, boss offer as one of candidate for attachment.
Tak fikir langsung, terus jawab ya.

Year 2 - 2007 :
2 bulan pertama, rentetan dari drama swasta saya, ada kejutan untuk orang2 kilang bila bukan nama saya dalam kad jemputan.
Sebenarnya sudah agak lama, tapi takkanlah nak beritahu satu dunia kot.
Ramai yang simpati dekat saya.
Dan ramai yang sibuk nak kenalkan saya dengan orang itu ini.
Antara yang diperkenalkan termasuklah suami saya.
Lepas tu boss cakap attachment for this year postponed or takde langsung.
Dah boss cakap macam tu, so I getting serious with my husband.
End of the year, merisik.

Year 3 - 2008 :
Elok jek lepas merisik, boss cakap attachment program ON balik.
Nasib baik suami saya jenis memahami.
Walaupun arwah mak punya bebel berguni2.
Apa taknya sebulan setengah lepas kahwin, dah tinggalkan suami (arwah mak memang agak conservative).
Sorang kat Japan, sorang kat Malaysia.
Tapi kenapa entah, saya begitu confident.
Maybe dah belajar kot from past experience.

Year 4 - 2009 :
Alhamdulillah, exploring Japan again.
Rezeki..walaupun tak mampu travel satu dunia, tapi Allah bagi peluang kenal sungguh2 dengan satu negara lain.
This time lagi excited sebab duduk area Tokyo/Yokohama.
Kalau orang tanya kenapa saya tak berminat duduk bandar.
One of the reason, cukup dah kot saya duduk tengah bandar,
Melaka -> JB -> Teluk Intan (ni jek bandar comel) -> Ipoh -> JB -> KL(Bangsar) -> Nagoya -> TPG (ni pun bandar comel) -> Tokyo/Yokohama.
Dok kampung best, aman damai.
Sekali sekala masuk bandar besar cukuplah.
Nak mengharung kesesakan hari2 sekali lagi, mungkin tidak.

Year 5 - 2010 :
Return back to Malaysia & give birth to Naufal.
Alhamdulillah.
Kena bond 3 thn & tunggu another 2 year utk dapat full wang saguhati.

Year 6 - 2011 :
Busy adapting life as working mama.
And...ter'pregnant' again :p

Year 7 - 2012 :
Busy adapting life as working mama for 2.
July onwards, cancer mak datang balik.
So mostly busy pulang balik kampung.
Takde masa nak fikir tukar kerja.

Year 8 - 2013 :
Until June, still pulang balik kampung.
Tahun ni rehat from pregnancy & brestfeeding fully stop on April.
Kalau ikut plan saya, saya memang nak pregnant lagi.
Tapi suami kesian kat saya kepenatan plus dia pun nak try2 cari business lepas pencen nanti.

Year 9 -2014 :
Dah complete 3+2 years.
Tapi still di sini...hahahaha...
Semua dekat & senang kat sini.
Dah macam kampung sendiri.

Year 10 - 2015 :
Mengandung anak yang ke-3.
Walaupun terlewat dari plan saya.
Pregnant kali ni memang penat lain macam.
Bulan July selamat melahirkan Nawwar.
Alhamdulillah. Kali ni semua sendiri. Memang kepenatan & unstable.
Nak tukar keja? Taklah kan.

Year 11 - 2016 :
Tahun terakhir untuk misi saya.
Kalau jadi, saya ceritalah.
Tak jadi, biarlah saya seorang yang tahu.
Tapi saya sangat berharap Allah permudahkan.
AMEEN.

Thursday, March 24, 2016

Air tangan

Dah 2 hari cuti. My Lutfiah demam lagi.
Since she go to school, almost every month demam.
Tapi my brother cakap after receive high dose of antibiotic,
memang antibody will become weaker same like his son.
So oklah, let's her body build the antibody back.
Normally memang hantar rumah mama no.2 tapi a day before lepas ambil dari sekolah masa lunch time,
dia menangis2 nak ikut balik.
Kesian pulak. Takpelah, mama jaga this time ya, sayang.

Before this pernah janji ngan Mr-ab nak masakkan lunch.
Tapi biasalah, bila working mama bercuti, semua benda nak siapkan.
At the end, tak sempat nak masak for lunch.
So dah alang2 cuti, apa kata kita bayar balik.
1st day, lunch time Mr-ab tak balik tapi saya tanya nak makan malam aper.
Dia request masak bubur ngan sambal ayam style ganu (one of his favourite) --> OK, saya bagi bonus ayam masak kunyit style ganu sekali.
2nd day, time lunch saya masak salmon ala asam pedas Melaka (saya letak 'ala' sbb sengaja pekatkan cam sambal & letak bawang besar hiris banyak2)
Saya tanya malam nak makan ke tak sebab kitaorg jarang makan malam.
Dia kata lunch dah makan banyak, malam masak ringan2 dahlah (risau betul badan naik).
Saya masak spaghetti carbonara. Bagi saya ringan lah tu...hahahaha...
Lepas makan dia cakap, "Ari2 macam ni, buncit Bie."
Huk aloh, baru nak praktis jadi suri rumah mithali :p



Gambar spaghetti tak sempat snap. Dah licin baru teringat.
Insya-Allah, from now on trying my best to upgrade skill masak saya (nasi dagang tak dan nak belajar lagi ni).
My Naufal pun dah pandai request nak makan aper.
It's time for my kids to tell others, "inilah masakan mama saya."
Same like what I did during my childhood time.

Wednesday, March 23, 2016

My student time addiction

Godek-godek email jumpa gambar ni.





This picture I used for my homepage header.
Hahaha...zaman-zaman trend buat homepage sendiri, 12,13 tahun lepas.
Zaman-zaman gila friendster and before zaman fotopages.
Saya bukan ambil IT or seangkatan dengannya pun.
Tapi punyalah gigih belajar HTML code sendiri, beli buku or tengok source code orang lain, then try & error.
Encik google belum wujud lagi rasanyer.

Saya pernah tak tidur sebab terlalu excited nak try coding baru.
Ya, Allah ! Happynyer bila coding menjadi, tak dapat nak explain dengan kata2.
Masa tu addicted betul, tapi after a while I realized kacau study especially time exam.
Aper taknyer time dekat2 nak exam lah diorang dok tayang coding baru dalam homepage.
Teruja sungguh saya masa tu nak cuba.
Macam tak boleh tunggu exam abis.
So, I stopped. Everytime tengok homepage orang lain, I have to remind myself, "Azimah, please don't start."
Skang dah senang, berlambak software, install saja.
Homepage layout tak perlu nak mapping. Drag jek ikut suka ati kita.
Zaman dah berubah.

Saturday, March 19, 2016

Eh, already 2016!

More than a year idling.
The last entry was during Lutfiah admitted to the hospital.
Konon sambil jaga Lutfiah, sambil menulis.
Hmmmm....tapi harammm (sila cakap ikut loghat Perak)
Mama dia pun macam orang sakit.
Actually that time was 3 days after I did my pregnancy test.
Anak-anak memang jarang demam, especially Lutfiah.
Kalau demam pun, demam demam manja , paling lama dlm sehari setengah.
Dapat adik, terus demam sampai kena admit hospital.
Dahsyat betul penangannya...hahahaha...

Oklah, since in few days adik Lutfiah will turn to 8 months old.
Mama pun dah boleh bernafas skit.
Post natal syndrome pun almost no more (I think).
So let's blogging back.
Start with the one that Lutfiah admitted to the hospital.

Hari Khamis, mama taska whatsapp bagitau badan Lutfiah panas.
Petang itu balik awal, terus ke klinik but since baru lagi, doktor cuma beri ubat demam.
Dah alang2 ke klinik, mama pun gatal tangan beli pregnancy test kit.
Period belum lambat lagi tapi mana tau dah ader result ;p
Jumaat badan Lutfiah still panas, Sabtu siang macam dah turun tapi malam panas semula.
Dan pagi Ahad, Lutfiah terbaring tidak bermaya & tidak mahu makan, hanya minum air masak.
Selepas Asar, Lutfiah tidur dengan keadaan yang menggigil. Kaki & tangan sejuk.
Bila saya nak mandikan dia, dia tidak boleh berdiri kerana menggeletar.
OK, enough! Jom pergi hospital.

Memang if my kids demam more than 3 days, saya terus pergi hospital for blood test.
Saya tak suka simply bagi antibiotic.
My first son, yes, if doctor bagi antibiotic, I will follow.
Masa tu saya mcm pelik, breastfeed but still selalu demam.
Until I read one article about antibiotic, then I stopped.
Agak terlewat sebab Naufal dah setahun lebih but still boleh nampak positive impact.
Yeah, bila anak sakit mmg base on mother's instinct.
But I'm an engineer, so kena apply engineering rule - no assumption.
Plus, as working mother, I cannot monitor my kids all the time.
So the result will help me a lot to feel more relieve.
But this time, mother's instinct pun rasa something is not right.

As usual I will pack all the stuffs just in case need to admit.
The blood test result NG, her white blood reading too high.
Normal 13.2 but her one is 28.1.
With other component result (sorry, I don't understand medical term), doctor suspect bacteria infection.
I informed doctor that her urine also smelly & already one day tak poo poo. Maybe because tak makan.
Doctor asked for urine test.
As long as not get her urine, cannot proceed with antibiotic.
Oh, that's difficult part because she don't want to pee in front of us.
Until one time, dia tak tahan sangat, dia menangis, then terkencing.
Her urine test result also NG - cloudy, have blood & sign of infection.
Doctor proceed with bacteria growth test.
Until this stage, I still positive.

Doctor start with normal dose of antibiotic.
On Tuesday, got ultrasound check since her urine test result NG to check her kidney area.
Alhamdulillah, all OK.
On Wednesday, another round of blood test.
This time they took quite a lot compare to first day.
Tak tahan tengok dia menangis. Mama pun sebak sama.
And another round of urine test.
Oh, this time I'm alone.
Lagi mencabar.

Her blood test result still NG.
Her white blood reading reducing but still far from target.
From 28 drop to 22, slow progress. Not as expected.
Her fever still on & off.
So doctor increase antibiotic dose.
Her bacteria growth test result came out on Thursday morning.
She was infected with bacteria called e.coli.
And by right one day after increase dose of antibiotic, doctor told me if no fever in one day, we could go home.
BUT when doctor checked on evening, her body temperature increase back.
Doctor unsure why because he is paediatric so he told me he will refer to expertise on kidney related area.
And of course cannot go back, the dose of antibiotic also will increase.
On the Friday morning, after discuss with related doctor, doctor told me to monitor another one day.
My girl also start showing improvement.
No fever on Saturday so Sunday morning dah boleh keluar.
Alhamdulillah...

Seminggu berkampung di hospital, selain dari masa arwah mak sakit dulu, inilah pertama kali berkampung untuk anak.
Tipulah kalau saya kata saya masih lagi positive after doctor told me Lutfiah had e.coli infection & after antibiotic dose increase she still have fever.
Duduk muhasabah diri. Mungkin ada lagi perkara yang saya terlepas pandang.
Dah lama tak mengalirkan airmata di depan-Nya.
Mungkin selama ini saya sudah terlalu selesa dengan nikmat yang Allah beri.
Ya, kesihatan yang baik juga salah satu rezeki yang Allah kurniakan.
Berjuta wang ringgit pun tidak mampu beli kesihatan yang baik.
Terima kasih Ya Allah bagi saya alarm supaya saya terus beringat.
Tak perlu diulang - bukan mudah nak istiqamah, iman pun ada turun naik.
Keep reminding myself :)

(Photos from Day 1 to Day 5)

Thursday, December 04, 2014

AI - Story

I still prefer japanese version somehow.
If you can understand japanese, the meaning much more deeper compare to english version.
And this blog name was inspired by this song.

English version


Japanese version

Sunday, November 30, 2014

Kerja oh kerja

Agak terharu juga bila ada orang request suruh update blog.
Ingatkan takde org baca tapi bila tengok daily stats, no so badlah untuk saya yang tak glamer ni.
Kat office pun dah ada orang start panggil saya 'rxiema', bunyi 'R' tu ditekankan.
Nickname ni saya guna since form 4. Asalnya cuma nak create yahoo email tapi melekat lama pula.
Bila mula kerja, saya dah slow down guna nick name & terus guna nama penuh untuk lebih official.

Blog is my place to flashback all the memories & sometimes give my opinion or express out my feeling.
Kalau daily update, normally I prefer FB or IG.
Boleh add saya tapi saya jarang letak muka saya (mahal lah katakan...hehehe...).
Then if got time baru story panjang2 thru my blog.
Banyak cerita nak cerita tapi tak taulah this one month memang terlebih emosi.
But I already got the answer. Maybe later on when I'm ready enough I will share out.
Now only family & best friends know.

Ada masa saya memang rasa nak berhenti kerja 24 jam.
Tapi bila dah rasional balik, sebenarnya kerja saya takdelah teruk sangat.
Dulu awal-awal kerja, mostly kerja memang banyak attached dengan process.
Tapi after balik dari attachment, job saya more to project, system & $$$ related.
So kerja saya memang agak flexible, tak terikat sangat dengan process.
Malam-malam atau weekend memang jar rang jar rang orang call.
Kalau rasa nak balik on time, sambung jek kerja dekat rumah.
Jarak dari rumah cuma 10~15 minit.
Tak pening kepala sangat fikir harga minyak naik, jam or nak bertolak seawal pagi.
Balik kerja boleh pergi jogging, pergi gym/aerobik, masak & still boleh spend a lot of time with kids.
So overall, memang sesuai untuk saya yang berkeluarga.

Rakan-rakan sekerja pun ramai yang baik-baik, sangat membantu bila diperlukan.
Tiada kesukaran nak mengerjakan ibadah & pumping for breasfeed mama.
Dan yang paling penting, ramai yang menutup aurat dengan sempurna.
Jadi secara tidak langsung, memberi impact yang baik untuk saya.
Cuma saya jek yang belum bersedia sepenuhnya, still on & off. Insya-Allah one day.
Secara tidak langsung kurang dugaan/dosa nak bersaing fesyen saper paling lawa, mekap saper paling tebal.
Err...tapi company saya memang tak boleh mekap pun.
Company saya sangat menghargai natural beauty...hehehehe....

Cuma bila benchmark salary, saya memang agak teruja dengan kawan-kawan saya yang lain.
Tapi current salary bukannya tak cukup. Alhamdulillah, cukup.
Masih mampu berbahagi rezeki dengan yang lain.
Cuma itulah kenkadang hasutan syaitan & perasan tamak itu masih ada.
Rezeki Allah itu luas pengertiannya.
Bukan tertumpu pada wang ringgit. Adakalnya saya masih lagi lupa.

BTW, bawah ni ada video company saya masa annual dinner.
Carilah saya. Saya pakai favourite tudung.


Saturday, October 25, 2014

Selamat bertunang

Sepatutnya hari ini kami di Melaka menghadiri majlis pertunangan sepupu saya.
Tetapi takdir Allah, dari Subuh semalam saya tidak henti-henti ke toilet.
Anak-anak saya pula, yang abangnya cirit-birit & sakit perut, yang adiknya muntah-muntah.
Semalaman suami saya berjaga sebab adiknya muntah-muntah.
Saya memang flat cuma larat minum air.
Jadi pagi ini dengan keadaan anak-anak & mamanya yang baru nak baik, saya memutuskan untuk berehat saja di rumah.
Petang ini baru ada tenaga setelah makan nasi gaya ala-ala piranha.
Sehari setengah tak makan, sekarang baru terasa lapar.
Tulah nak diet sangat, kan betul-betul Allah tarik nikmat makan.

Dulu saya takde majlis bertunang, merisik sahaja. Kalau di kampung saya, majlis bertunang ni lebih formal.
Kena panggil Tok Sidang jadi saksi & of course kena jemput orang kampung, tetapi majlis merisik cuma antara keluarga sahaja.
Majlis bertunang juga kena hantar separuh dari wang hantaran yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebab tu ada juga yang panggil majlis hantar belanja.
Disebabkan keluarga suami saya agak jauh, saya cadangkan pada keluarga untuk adakan majlis merisik sahaja. Dan majlis bertunang diadakan beberapa minit sebelum majlis akad nikah.
Duit transportation, penginapan ahli keluarga & juga majlis bertunang boleh digunakan untuk urusan yang lebih penting.

Sepatutnya majlis merisik sehari selepas Hari Raya Aidil Adha (20-Dec).
Kebetulan jatuh pada hari Khamis & Hari Jumaat hari cuti bagi negeri Terengganu.
Tapi hendak dijadikan cerita, negeri Pahang dilanda banjir teruk.
Semua jalan keluar dari Pahang ditutup. Keluarga suami terpaksa berpatah semula.
Barang-barang untuk lauk-pauk sudah siap dibeli.
Sedih? Of course lah kan. Biasalah saya ni jenis cepat panik & suka fikir yang bukan-bukan.
Disebabkan barang-barang masak sudah dibeli, jadi tidak boleh tangguh lama-lama.
Seminggu kemudian, Alhamdulillah, keluarga suami selamat tiba di Melaka.
Sebelum majlis merisik, saya dah berbincang dengan arwah mak untuk segala syarat & memberitahu suami.
Maklumlah orang Melaka banyak adat, nanti terkejut pulak orang Terengganu.
Walaupun satu Malaysia, perbezaan budaya & adat masih ada.
Jika tidak difahami, mungkin akan menimbulkan ketidak puashatian.

Setengah jam pertama, biasalah jamuan makan. Dah kenyang perut baru mula berbincang lanjut.
Setengah jam pertama perbincangan, memang lancar sebab tiada yang membantah (dah beritahu awal-awal semua syarat,kan).


Tapi entah macam mana saya terlupa tentang adat menghantar rombongan pengantin perempuan ke majlis pengatin lelaki.Saya bukan terlupa, saya tidak tahu menahu langsung wujud adat tersebut.
Arwah mak pun terlupa.
Agak lama perbincangan tentang itu. Saya dah keluh kesah menunggu dalam bilik. Lama sangat sampai boleh posing-posing dengan anak-anak buah suami & kakak saya.



Sehinggalah pakcik saya yang mewakili keluarga saya memanggil suami saya datang (ikut adat, sepatutnya tak boleh datang), barulah semua selesai (Suami saya setuju jek, nak kahwin punya pasal ;p). Alhamdulillah.




Sebenarnya kalau merisik tidak perlu bawa hantaran, cuma perlu bawa cincin belah rotan & tepak sireh.
Tapi arwah ibu mertua saya ingin menghadiahkan saya sesuatu, jadi bila pihak lelaki sudah memberi, kami pun membalas seadanya.
Di bawah gambar curi-curi yang kakak saya tangkap. Sepatutnya tak boleh ambil gambar bersama...hehehe...Kerongsang besar di tepi kepala tu, sepupu saya yang pakaikan. Dia kata princess of the night kena lip lap lip lap. Lip lap lip lap lah sangat. Oh, I think less is more...



And lastly, rasanya tak terlewat lagi nak ucapkan salam Maal Hijrah.
Setiap tahun tak kiralah tahun baru Islam ke tahun baru mat saleh ke, saya berhajat nak tutup aurat dengan lebih sempurna. Ada satu bahagian yang masih lagi bogel tidak ditutup.
Moga Allah beri saya kekuatan. Kesian suami saya menanggung dosa saya.