Sunday, October 19, 2014

Karaoke oh karaoke

Sepatutnya entry masa birthday saya, tapi saya dah reserve for special entry,
so selepas sebulan baru berkesempatan menulis.
Bukan senang nak menulis. Kena tunggu anak-anak & bapa anak-anak tido baru boleh menaip dengan aman.
Entah kenapa sebelum birthday saya, kemaruk pulak nak pegi karaoke. Rasa dah bertahun tak melalak.
Nak ajak suami saya, hmmm...aktiviti-aktiviti yang tak mengeluarkan peluh ni memang dia kurang berminat.
Time belum kahwin dulu jek dia tunjuk minat nak melayan saya. Biasalah. Saya pun apa kurangnya ;p

Kebetulan dah lama tak jumpa BFF Nagoya. Selalunya kami jumpa 3,4 bulan sekali.
Masing-masing dah ada commitment. Nak jumpa kena plan sebulan dua awal.
Dah alang-alang nak jumpa, masing-masing bersetuju nak berkaraoke.
Lepas gian katanya.

Teringat masa mula-mula sampai Nagoya, malam tu senior-senior yang dah nak balik Malaysia ajak kami berkaraoke. Baru sampai, tak bolehlah nak tunjuk ek. Kami menurut sahaja.
12 tahun lepas, mana wujud lagi karaoke box kat Malaysia.
Kalau teringin sangat nak pegang microphone menyanyi, kena tunggu kenduri kahwin.
Tu pun kalau confident suara sedaplah.
Di Jepun, ada 3 benda bagi saya yang ada di mana-mana.
Tak kiralah duduk ceruk mana pun, mesti ada.

1) Pachinko

Minta maaf. Saya pun tak tahu kenapa dipanggil Pachinko.
Tapi it's kind of gambling machine like pinball tapi kalau main pinball ada flippers supaya bola tidak jatuh.
Tapi pachinko tiada. Masuk bola banyak-banyak, pastu tunggu bola tu jatuh.


If not mistaken, if the ball masuk certain hole, dapatlah tukar dengan hadiah.
Sebab tu di Jepun, mikrochip untuk pachiko machine memang government strictly check.
Takut ada unsur-unsur penipuan.

2) Love Hotel
Love Hotel ni untuk couple-couple yang nak berdot dot dot.
Sebenarnya yang dah kahwin pun boleh masuk, as long as dengan partner.
Love Hotel ni normally sangat menarik dari luar, berwarna-warni with lampu lip lap lip lap.
Menurut my japanese officemate, Love Hotel ni lagi menarik dari hotel biasa.
Setiap bilik ada tema with interesting decoration & furniture untuk naikkan feel couple.
Sometimes siap ada cosplay for customer.
Kebanyakan tiada kaunter. Sewa bilik guna vending machine, pilih, bayar & then keluar kunci bilik.
Kalau ada kaunter pun, cuma ada lubang kecil, so orang dalam tak boleh nampak orang luar & vice versa.
Untuk jaga privacy orang yang sewa katanya.
Ok, lepas ni sila google sendiri, ye.

3) Karaoke Box
If not mistaken, Japanese yang start karaoke box concept. In fact, karaoke words comes from Japanese words.
Kara = empty, Oke = short form from orchestra.
So no wonder lah, kalau banyak di Jepun,kan.

Ok, back to the story.
Kalau di Jepun, karaoke lepas 12 tengah malam lagi murah.
Dari 12 tgh malam sampai 6 pagi, rate last 12 years, seorang cuma 800~1000 yen (100yen = ~RM3.30)
Berbanding dengan normal hour, sejam pun dah beberapa ratus yen.
Pertama kali berkaraoke tengah-tengah malam buta.
Mengantuk toksah cakaplah. Siap tido2 lagi.
6 bulan selepas itu, memang tiada aktiviti berkaraoke tengah-tengah malam.
Sebabnya kami semua duduk di asrama.
Tiada time curfew tapi asrama agak jauh nun di atas bukit.
Dah naik malas nak turun. Dah turun malas nak naik.

Selepas pindah ke rumah sewa, dengan alasan hendak meng'improve'kan bahasa Jepun,
kami pun mula berjinak-jinak semula dengan aktiviti berkaraoke.
Dah nama student, mana banyak duit.
Jadi berkaraoke selepas 12 tengah malam lebih menguntungkan.
Di Jepun, naik basikal tengah-tengah malam, Insya-Allah selamat.
Dari rumah sewa, kami cuma berbasikal dalam 15-20 minit. Dari segi transportation memang takde masalah.
Zaman-zaman tu, adakalanya selepas Isya' kami berusrah dan membaca Al-Quran.
Tapi tengah malam membaca lirik pula..hahaha...
Sebelum pergi karaoke, siap google lirik kat internet & praktis lagi.
Dalam bilik karaoke pula, kami siap tido sometimes boleh solat subuh sekali.
Yang kelakar sementara tunggu turn, kalau mengantuk tidur dulu, pastu bangun balik menyanyi.



Tapi bila dah berumur ni memang tak larat nak berlama-lama.
Nyanyi 2,3 lagu pun dah semput. Masing-masing asyik tengok jam bila nak habis.
Yang seronok anak-anak berlari ke sana ke mari.
Dah besar sikit nanti boleh jadi pelapis kami pula, ye.
Bukan pelapis berkaraoke, pelapis untuk eratkan silaturrahim lah..hehehehehe...



No comments: