Saturday, October 25, 2014

Selamat bertunang

Sepatutnya hari ini kami di Melaka menghadiri majlis pertunangan sepupu saya.
Tetapi takdir Allah, dari Subuh semalam saya tidak henti-henti ke toilet.
Anak-anak saya pula, yang abangnya cirit-birit & sakit perut, yang adiknya muntah-muntah.
Semalaman suami saya berjaga sebab adiknya muntah-muntah.
Saya memang flat cuma larat minum air.
Jadi pagi ini dengan keadaan anak-anak & mamanya yang baru nak baik, saya memutuskan untuk berehat saja di rumah.
Petang ini baru ada tenaga setelah makan nasi gaya ala-ala piranha.
Sehari setengah tak makan, sekarang baru terasa lapar.
Tulah nak diet sangat, kan betul-betul Allah tarik nikmat makan.

Dulu saya takde majlis bertunang, merisik sahaja. Kalau di kampung saya, majlis bertunang ni lebih formal.
Kena panggil Tok Sidang jadi saksi & of course kena jemput orang kampung, tetapi majlis merisik cuma antara keluarga sahaja.
Majlis bertunang juga kena hantar separuh dari wang hantaran yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebab tu ada juga yang panggil majlis hantar belanja.
Disebabkan keluarga suami saya agak jauh, saya cadangkan pada keluarga untuk adakan majlis merisik sahaja. Dan majlis bertunang diadakan beberapa minit sebelum majlis akad nikah.
Duit transportation, penginapan ahli keluarga & juga majlis bertunang boleh digunakan untuk urusan yang lebih penting.

Sepatutnya majlis merisik sehari selepas Hari Raya Aidil Adha (20-Dec).
Kebetulan jatuh pada hari Khamis & Hari Jumaat hari cuti bagi negeri Terengganu.
Tapi hendak dijadikan cerita, negeri Pahang dilanda banjir teruk.
Semua jalan keluar dari Pahang ditutup. Keluarga suami terpaksa berpatah semula.
Barang-barang untuk lauk-pauk sudah siap dibeli.
Sedih? Of course lah kan. Biasalah saya ni jenis cepat panik & suka fikir yang bukan-bukan.
Disebabkan barang-barang masak sudah dibeli, jadi tidak boleh tangguh lama-lama.
Seminggu kemudian, Alhamdulillah, keluarga suami selamat tiba di Melaka.
Sebelum majlis merisik, saya dah berbincang dengan arwah mak untuk segala syarat & memberitahu suami.
Maklumlah orang Melaka banyak adat, nanti terkejut pulak orang Terengganu.
Walaupun satu Malaysia, perbezaan budaya & adat masih ada.
Jika tidak difahami, mungkin akan menimbulkan ketidak puashatian.

Setengah jam pertama, biasalah jamuan makan. Dah kenyang perut baru mula berbincang lanjut.
Setengah jam pertama perbincangan, memang lancar sebab tiada yang membantah (dah beritahu awal-awal semua syarat,kan).


Tapi entah macam mana saya terlupa tentang adat menghantar rombongan pengantin perempuan ke majlis pengatin lelaki.Saya bukan terlupa, saya tidak tahu menahu langsung wujud adat tersebut.
Arwah mak pun terlupa.
Agak lama perbincangan tentang itu. Saya dah keluh kesah menunggu dalam bilik. Lama sangat sampai boleh posing-posing dengan anak-anak buah suami & kakak saya.



Sehinggalah pakcik saya yang mewakili keluarga saya memanggil suami saya datang (ikut adat, sepatutnya tak boleh datang), barulah semua selesai (Suami saya setuju jek, nak kahwin punya pasal ;p). Alhamdulillah.




Sebenarnya kalau merisik tidak perlu bawa hantaran, cuma perlu bawa cincin belah rotan & tepak sireh.
Tapi arwah ibu mertua saya ingin menghadiahkan saya sesuatu, jadi bila pihak lelaki sudah memberi, kami pun membalas seadanya.
Di bawah gambar curi-curi yang kakak saya tangkap. Sepatutnya tak boleh ambil gambar bersama...hehehe...Kerongsang besar di tepi kepala tu, sepupu saya yang pakaikan. Dia kata princess of the night kena lip lap lip lap. Lip lap lip lap lah sangat. Oh, I think less is more...



And lastly, rasanya tak terlewat lagi nak ucapkan salam Maal Hijrah.
Setiap tahun tak kiralah tahun baru Islam ke tahun baru mat saleh ke, saya berhajat nak tutup aurat dengan lebih sempurna. Ada satu bahagian yang masih lagi bogel tidak ditutup.
Moga Allah beri saya kekuatan. Kesian suami saya menanggung dosa saya.

No comments: