Friday, October 03, 2014

Sakit

Last Monday lunch time, me & my friend terserempak dengan pakcik jepun yang tgh sibuk pilih roti kat koop.
Pakai mask macam tak sihat, jadi kami pun tegurlah.

Me : You should on leave today.
Pakcik Jepun : I cannot take mc now nee, eventhough yesterday night my temperature more than 37 degree (dengan slang english-jpn)
Me : You will spread the virus.
Pastu dia gelak dengan semangatnya. Kami pun gelak, sebab kelakar dengar dia gelak.

Lepas Maghrib tetiba rasa lembik & mengantuk semacam. Badan dah mula rasa panas.
Aik, cepat betul berjangkit. Dahsyat betul virus pakcik jepun tu.
Suami dengan anak teruna dah pergi main badminton, tinggal saya dengan si gadis.
Dalam hati berdoa supaya suami balik cepat dari selalu. Tak lama lepas tu dengar anak saya bagi salam.
Alhamdulillah, Allah makbulkan. Saya tanya kenapa. Husband cakap court takde lektrik.
Tersenyum panjang saya. Terus saya makan panadol. Tadi tak berani nak makan, takut tertidur.

Ingat nak tidur, tapi tak boleh tidur sebab the next day turn saya jadi chairman morning meeting.
Jadi chairman kacang jek tapi yang tak bestnya kena bagi 5 min story. Hai, saper punya tradisilah ni.
The next day pergi keja macam biasa.
5 min story saya memang tunggang langgang sebab saya dapat idea lepas bangun tidur tapi saya rasa orang faham sebab ada response.
Selalu makan panadol, the next dah okay. Tapi badan still panas-panas manja.
Nak minta MC confirmlah tak lepas.
Malam tu badan panas semula. Makan ubat berpeluh-peluh tapi still susah nak tidur.
Kepala berat tapi bukan sakit berdenyut-denyut.
Bila sakit tapi tak boleh tidur memang tak best.

Teringat dekat arwah mak yang tak boleh tidur 3 bulan terakhir hayatnya.
Lepas saya bertunang (Bukan bertunanglah, merisik jek. Kitaorang bertunang beberapa minit sebelum nikah),
arwah cakap dia bleeding walaupun dia dah menopause.
Bila suruh arwah check, dia kata kawan-kawan seusia dengannya kata diorang pun pernah macam tu.
Tak rasa sakit & result pap smear pun OK. Lagipun nak lepaskan saya punya majlis dulu.
Dua bulan selepas nikah, saya terus terbang ke Jepun.
Lepas tu baru arwah buat CT scan, barulah detect ada kanser stage 3 (kalau tak silap).

Masa tu baru sebulan sampai Jepun. Baru nak settle down. Serba salah nak balik atau tak nak balik.
Tapi arwah kata dia OK, tak balik pun takpe.
Lepas habis semua rawatan kanser, arwah memang pantang banyak makanan.
Cakaplah ubat apa untuk kanser, semua dia cuba.
Arwah pun makin aktif dengan kelas menjahit, berjalan sana sini (mostly turun KL) nak lupakan sakit dia.
Nampak arwah pun dah makin sihat.

TAPI masa arwah jaga saya lepas pantang anak yang kedua,
arwah cakap perut dia rasa sebu & dah susah nak buang air besar.
4 bulan berlalu, arwah kata still rasa yang sama & hidung pun makin rasa sempit, susah nak bernafas.
Bila check, rupa-rupanya dalam perut arwah ada banyak air yang disebabkan aktiviti-aktiviti sel kanser.
Sorry, saya tak tahu medical term dia apa.
Dengan erti kata lain kanser arwah datang semula tapi kali ni bukan di tempat yang sama.
Sejak itu, arwah dah tak boleh tidur secara berbaring, kena separa duduk, kalau tidak arwah rasa sesak nafas.
Kalau panas sangat pun arwah susah nak bernafas. Bilik arwah sentiasa dipasang air-cond.
Ubat chemo pun doktor bagi dos yang lebih kuat sampai rambut arwah semua gugur.
Tapi masa tu arwah memang bersemangat nak habiskan sesi chemo & baik cepat.

Lebih kurang sebulan lebih lepas habis chemo, buat full check-up semula.
Resultnya memang mengecewakan. Doktor kata ada nampak sel kanser sikit dekat bahagian hati.
Arwah memang down lepas dapat tahu dan condition arwah pun semakin teruk lepas tu.
Arwah tak boleh tidur, tak boleh makan (kalau makan muntah semula),
tak boleh bercakap sangat nanti penat, etc, etc, etc...
Sedih sangat tengok arwah...mata lebam, muka cengkuk, badan makin kurus. Hospital dah jadi rumah kedua.

Masa tu anak kedua saya pun masih menyusu badan.
Jadi nak temankan arwah dekat hospital pun agak sukar.
Alhamdulillah, kakak dah pindah Melaka. Saya cuma balik 2 minggu sekali.
Kesian juga dengan suami, mesti penat drive. Sebelah suami pun ada banyak majlis time tu.
Kena bahagi sama rata.
Sebelum cuti sekolah pertengahan tahun, arwah call saya minta bawakan anak kakak saya jalan-jalan.
Kesian duduk rumah sahaja time cuti sekolah katanya.
Jadi minggu pertama cuti sekolah, saya pun balik Melaka sekejap & ambil anak buah saya jalan ke JB.
Dah lama janji nak melawat rumah sepupu saya di Pasir Gudang.

Minggu kedua cuti sekolah, saya balik Melaka juga sebab sepupu kahwin.
Masa ni anak-anak arwah semua balik. Arwah pun nampak dah berselera makan semula.
Kaki arwah dah bengkak dan keras sampai air keluar dari liang-liang kulit jadi macam blister.
Doktor kata sebab hati arwah dah tak berfungsi dengan baik lagi.
The next week, saya ingat tak nak balik Melaka sebab nak kemas rumah.
Tapi dekat-dekat Maghrib hari Sabtu, kakak call kata arwah masuk hospital, ER. Arwah tak boleh bernafas.
Saya dah rasa tak sedap hati.
Minggu sebelum tu, arwah begitu berselera makan selepas begitu lama sakit. Adakah itu tanda....
Saya tak tahu nak percaya atau tidak, tapi arwah pakcik saya pun macam tu dulu.
Kami bergegas balik Melaka, terus ke hospital.
Arwah masih dalam ER masa kami tiba. Sejam selepas itu baru dipindahkan ke wad.
Malam tu saya temankan arwah dekat hospital.
Arwah mengadu sakit satu badan & panas dekat tempat yang masuk darah.
Saya tak tahu nak buat apa cuma mampu cakap, "Sabarlah mak."
Saya zikir dekat telinga arwah dengan harapan arwah boleh ikut dalam hati.
Dan ketika itu kami tahu masa tu makin hampir. Doktor pun dah bagi hint banyak kali.

Esoknya hari Ahad (cuti), semua saudara mara dari Johor, Melaka, KL, Selangor, Pahang & Terengganu dapat datang melawat.
Beruntungnya arwah mak. Hampir semua dapat jumpa arwah buat kali yang terakhir
walaupun masa tu arwah tidur dengan lena sekali sebab doktor bagi morfin.
Biarlah dah lama arwah tak tidur lena.
The next day, kami adik beradik tak benarkan doktor bagi morfin lagi.
Sebab nak arwah sedar. Setiap masa bergilir-gilir sebut "Allah" dekat telinga arwah.
Badan arwah dah mula reject semua ubat. Doktor kata alat itu dah rosak.
Tapi kami rasa doktor cuma nak menyedapkan hati kami.
Lebih kurang pukul 12 tengah hari, heart beat arwah dah menurun.
Kami semua sempat mohon ampun dekat arwah.
Sedihnya bila abah cakap "Zai, saya ampunkan semua salah awak." sambil lap airmata.
Dan akhirnya....innalillahiwainnailahirojiun.

Pertama kali saya menghadapi kematian.
Tapi saya bersyukur, takdir Allah pada minggu-minggu terakhir, setiap minggu dapat jumpa arwah.
Dan walaupun duduk jauh tapi dapat bersama arwah di saat-saat akhir.
Bila naik lif bersama dengan jenazah arwah, entah kenapa saya terfikir kesiannya arwah tertutup dalam stretcher jenazah yang besi tu.
Jenazah arwah dimandikan di hospital, lebih cepat & mudah.
Lepas dimandikan muka arwah nampak berseri sangat macam sedang nyenyak tidur.
Saya tak ikut ke kubur sebab ada anak kecil. Lagipun ramai yang melarang.
Cuma suami & anak teruna sahaja yang wakilkan. Arwah dikebumikan selepas Asar.
Pagi esoknya bila ke kubur arwah untuk baca Yasin, saya nampak ada semut-semut yang keluar dari tanah. Pilunya hati.
Semoga Allah beri rahmat pada arwah mak & bebaskan dia dari azab kubur & azab neraka.
AMIN.

1 comment:

Amal said...

innalillahi wa inna ilaihi roji'un ><