Wednesday, October 22, 2014

Kempen mari sentuh .....

Masih panas lagi kes kempen mari sentuh makhluk Allah itu.
Pada awalnya saya cuma agak pelik kenapa kempen ini dilakukan secara terbuka.
Bagi saya, kalau mereka nak cium, nak peluk, nak buat tidur, go ahead. I don't care.
Tapi bila tengok gambar-gambar di tempat kejadian, naluri ibu saya jadi risau.
Ada ramai anak-anak dalam lingkungan 7 tahun ke bawah yang turut
sama memegang & memeluk makhluk Allah itu. Ya, mereka diajar cara untuk membersihkannya.
Tetapi kebiasaannya anak-anak bila sudah kenal sesuatu haiwan & dia yakin tidak membahayakan,berkemungkinan anak-anak ini bila bertemu dengan makhluk Allah itu semula, mereka akan memegangnya tanpa rasa takut.
Jika tanpa ketiadaan kita nanti, yakinkah kita mereka masih ingat untuk membersihkannya dengan cara yang sama? Itu adalah salah satu perkara yang merisaukan saya.

Kalau ada yang pernah tengok drama "Nur Kasih", ada dialog Fizz Fairuz dengan ayahnya yang lebih kurang,
"Ayah rasa orang cerdik pandai boleh percaya ke
kalau kita kata orang yang meninggalkan solat, mukanya akan bertukar menjadi babi."
Pendekatan perlu diubah pada zaman sekarang.
Zaman saya dulu, saya akan menerima tanpa banyak soal tapi zaman anak-anak kita nanti...
Di Jepun, bila orang-orang Jepun tanya kenapa kena solat, saya tak boleh jawab nanti berdosa.
Nanti mereka tanya semula, macam mana kita rasa dosa. Dah jenuh pulak nak menjawab.
Jadi saya kena terangkan lebih kepada kebaikan bersolat dari sudut sains.
Perkara-perkara ini tidak pernah diajar semasa saya di sekolah.
Tidak boleh salahkan ustaz/ustazah, mereka bukan ahli sains.
Itu pun baru soal solat, belum lagi soal minum arak.
Macam mana kita nak terangkan kepada mereka, kalau ada pak arab yang baca Al-Quran macam air & faham kandungannya minum dengan alasan selagi tidak memabukkan, tidak haram arak baginya.
Banyak lagi perkara-perkara basic yang orang-orang Jepun suka bertanya.
Dan semestinya saya tak boleh lompat terus ke hukum-hakam, dosa, pahala, syurga atau neraka.
Mereka perlu faham apa yang disuruh dalam Islam ada sebabnya.
Sebab itu saya tabik spring pada kawan-kawan saya yang menetap bersama anak-anak di Jepun.
Saya tahu banyak dugaannya lebih-lebih bab makanan.

Dan tak mustahil, dengan dunia di hujung jari, anak-anak kita juga berkemungkinan akan mempersoalkan perkara-perkara yang sama.
Bayangkan benda-benda basic pun berpeluh-peluh saya nak mencari jawapan.
Belum lagi perkara-perkara yang bukan basic seperti kempen baru-baru ini.
Mampukah saya untuk menerangkan kepada anak-anak saya?
Bagaimana nak menerangkan perbezaan mazhab, bagaimana nak menerangkan mengapa kita mengikut mazhab shafie, etc, etc, etc.
Ilmu agama saya pun bukan tinggi sangat.
Jadi bila ada kempen-kempen sebegini, sedikit sebanyak merisaukan saya.
Takut ia memberi kekeliruan kepada anak-anak saya.
Banyak betul cabaran ibu bapa zaman sekarang.
Semoga Allah membantu & mempermudahkan saya & suami. AMIN.

No comments: