Saturday, October 11, 2014

Kerana cinta, gunung pun sanggup kudaki....

2 minggu lepas....

Saya : Nak minta izin.
Suami : Nak gi mana?
Saya : Nak gi kelas aerobik.
Suami : Sekarang?
Saya : Taklah. Tiap-tiap hari Selasa.
Suami : Baik ikut Bie jogging.
Saya : Taknaklah. Nanti kaki makin besar. Boleh tak?
Suami : Mmmm.... (Tiada jawapan)

2 hari selepas itu, pada hari Ahad, saya mencuba nasib lagi.

Saya : Penatlah 2 hari ni. Tulah sekarang dah tak bersenam lagi.
Suami : Alah...baru buat kerja rumah sikit dah penat.
Saya : Tulah, Azi nak gi aerobik tak bagi. Bukan ader laki pun. Pompuan semua. Tu pun nak jeles.
Suami : Yelah, yelah...pergilah (Hahaha...akhirnya surrender)

Tapi bila sampai harinya, suami saya pula yang beria tanya kenapa tak pergi kelas aerobik.
Nampak sangat Puan Azimah hangat-hangat tahi ayam itik.
Sebenarnya saya bukan minat sangat bersukan & aktiviti-aktiviti lasak.
Dari zaman sekolah rendah, kalau sukan, saya cuma masuk acara larian & lompat jauh.
Bagi saya itu yang paling mudah.
Masa tu badan kerempeng, setakat nak berlari & melompat tak jadi hal punya.
Sukan-sukan lain saya cuma tahu main sekadar untuk bersosial (eceh).

Tapi suami saya amat berbeza dengan saya.
Sampai sekarang dia suka bersukan & aktiviti-aktiviti lasak especially mendaki gunung.
Tak cukup gunung di Malaysia, dekat Indonesia pun dia nak daki juga.
Masa belajar di Jepun, memang setiap summer holiday ada program mendaki Gunung Fuji.
Tapi saya tak pernah ambil kisah.
Kalau tak, sekarang mesti saya dah boleh berlagak depan suami saya.
Zaman tu saya masih lagi diva.
Mana nak berpanas (jaga kulit konon), berpeluh2 & of course bau acam, sungguh tak cantik ok :p

Bak kata orang, kalau dah bercinta, lautan sanggup kurenangi, gunung sanggup kudaki.
Sekarang pun bercinta lagi, cuma status dah berbeza, jadi lain caranya...hahaha....
Bila suami ajak join mendaki Gunung Kinabalu, saya dengan gatalnya tak berfikir panjang terus bersetuju.
Alah, bukan susah pun, jalan jek. Lainlah rock climbing, haruslah saya gerun.
Lagipun mestilah nak tunjuk hebat depan kekasih hati,kan.

Sebelum daki Gunung Kinabalu, husband & the gang ajak praktis daki gunung dekat-dekat.
Mana lagi, area Negeri Sembilan lah yang paling dekat.
Gunung pertama yang saya daki was Gunung Datuk.
Apa jua perkara, yang pertama pasti yang paling mendebarkan.
Selain dari takut saya tak cukup stamina, perkara yang paling saya takut adalah
kalau-kalau saya nak membuang, tak kiralah yang kecil ke yang besar.
Suami saya cakap pergi je kat belakang-belakang semak.
Masa dia daki Gunung Tahan, 2 hari tak jumpa toilet, tak jumpa sumber air ok jek.
Eiii...yucks!!!! That will be the last thing I will do.
Selagi boleh tahan, saya tahan.
The first few meters memang agak cerun, more than 45 degree.
Tak sangka mula-mula dah kena kerah tenaga to the max.
Entah macam mana, saya termuntah pula. Memalukan sungguh. Baru nak tunjuk hebat depan kekasih hati.
Suami saya cakap badan saya terkejut sebab terus kena daki dekat tempat yang agak cerun.
Senang cerita disebabkan perbezaan ketinggian yang mendadak.
Tapi saya rasa bukan itu sebabnya. Saya rasa saya terlalu cuak.
Mana nak fikir pasal nak ber*k k*ncing, mana nak fikir nak control cantik lagi :p
Walaupun agak ke belakang compare dengan yang lain. Tapi taklah yang paling akhir.
And view dari puncak memang sangat cantik. Subhanallah.
Inilah agaknya kepuasan orang yang mendaki gunung.






Latihan terakhir was at Gunung Angsi, yang bawahnya tempat perkelahan Ulu Bendul.
Berbanding Gunung Datuk, treknya lebih mudah kerana agak landai. Cuma jauh sikit.
View dari puncak tak secantik macam di Gunung Datuk sebab dilindungi banyak pokok.



Kali kedua mendaki saya lebih berkeyakinan tapi still ada drama.
Saya cuba melompat dari batu ke batu.
Tapi entah macam mana kaki saya salah landing, terduduk saya jatuh.
Alahai, malunya. Baru nak tunjuk terror.
Kaki ni betul-betul lah tak sayang tuan.

Akhirnya tiba masa untuk ke Gunung Kinabalu.
Kami tak guna tour guide sebab kebanyakan dari kami pernah mendaki Gunung Kinabalu.
Perancangan awal hendak mendaki pada bulan Ogos tapi disebabkan dorm di Laban Rata penuh,
jadi ditunda ke bulan November.
Bila menjejakkan kaki di Sabah, cuaca agak sejuk.
Saya rasa area Sabah sedikit sebanyak ada tempias cuaca 4 musim.
Saya suka cuaca di Sabah. Tak rasa macam di Malaysia, baunya macam cuaca di Jepun.
Disebabkan kami agak ramai, kami sewa bas mini sepanjang trip kami di Sabah.
Kami bermalam di kaki Gunung Kinabalu.
Sejuk sampai ke tulang, tapi orang-orang di sini boleh selamba badak pakai singlet.
Menyesal tak bawa baju-baju sejuk yang lebih proper.



Dari tempat kami bermalam, kami berjalan kaki ke Gunung Kinabalu.
Pagi itu cuaca agak cerah.





Seperti yang suami saya cakap, trek dari Timpohan Gate ke Laban Rata agak mudah.
Cuma memerlukan stamina untuk berjalan kaki.
Saya? Mestilah steady. Mana taknya, saya tak bawak apa-apa beg pun.
Suami dengan baik hati bawa semua barang.
Nak jimat cost, kami tak guna porter. Bawa yang perlu saja, yang lain tinggal di bawah.



Sila abaikan tudung saya yang tidak ber'iron' itu.
Masa tu belum wujud fesyen tudung instant yang vogue lagi bergaya. Kalau ada pun, bibik-bibik jek yang pakai.
Saya dan suami antara orang terawal dalam group kami yang berjaya sampai ke Laban Rata.
Kami tiba dalam pukul 4 petang. Not bad lah kan for beginner macam saya.







Bila malam kena paksa diri tidur awal sebab kena bangun semula pukul 2 pagi.
Memang tak boleh tidur. Penat & sejuk. Lagipun awal sangat, mata tak biasa.
Rasanya 2,3 jam saja saya tidur dan pendakian dengan erti kata sebenar pun bermula.
Nak mandi? Dengan suhu bawah 10 degree, tentulah tidak.
Nak breakfast? Pun tak lalu. Tapi paksa diri juga makan. Takut takde tenaga.
Pagi tu kami agak malang sebab hujan tapi masih selamat lagi untuk mendaki.
Kalau tidak, rugilah kami tidak dapat sampai ke puncak.

Dari Laban Rata ke puncak Gunung Kinabalu, trek memang mencabar.
Hujan, gelap, basah & sejuk semuanya bersatu.
Ada certain tempat kena pegang tali & panjat ikut batu.
Kasut & sarung tangan saya bukan kalis air.
Dengan kasut & sarung tangan yang agak basah, saya memang rasa sejuk yang amat sangat.
Dengan hujan & oksigen yang makin berkurangan, membuatkan saya rasa makin lelah.

Bila sampai checkpoint yang dah boleh dapat sijil hitam putih, saya cakap dengan suami untuk berhenti.
Tapi suami saya bersungguh-sungguh cakap dah tak jauh lagi.
Jadi kami teruskan pendakian semula.
Bila sampai ke checkpoint yang seterusnya & dah mula nampak puncak Gunung Kinabalu, saya berhenti lagi.
Kali ini saya memang betul-betul hendak berhenti & menyuruh suami saja meneruskan pendakian.
Saya boleh tunggu di situ.
Tapi suami saya masih bersungguh-sungguh memujuk saya.
Disebabkan terlalu geram suami masih lagi hendak saya meneruskan pendakian, saya termenangis.
Lagipun saya berharap suami saya cair dengan air mata saya.
Tapi hati batu betul suami saya. Ish, ish, ish suami saperlah ni.
Dia buat tak hairan & tetap setia menunggu saya.
Dia tak cakap apa-apa & bagi saya ruang untuk saya menangis sepuas hati.
Selepas beberapa minit berhenti, setelah saya rasa OK, saya teruskan semula.
Ada ketika suami saya terpaksa pegang lengan saya untuk paksa beri semangat saya berjalan.



Berhenti berjalan semula, berhenti berjalan semula, akhirnya sampai juga saya di puncak Gunung Kinabalu.
Cuaca agak berkabus di puncak gunung kerana baru lepas hujan.
Kami antara orang yang terakhir sampai.
Gambar tak berapa cun sebab saya baru lepas menangis.
Tapi at least saya dah sampai,ye. Bolehlah saya riak & takabur dengan orang kampung :p



Seminggu selepas tu, baru saya tahu rupa-rupanya suami saya plan nak propose
& tunjuk cincin tanda dekat saya bila kami sampai di puncak Gunung Kinabalu.
Tapi sebab saya dah menangis beria & agak lewat sampai ke puncak, terus tak jadi.
Hahaha...potong stim betul saya ni.
Akhirnya dia propose dalam kereta jek.
Jadilah, kang sweet sangat saya kena diabetes pulak.

No comments: