Monday, September 29, 2014

Melur Jelita


Tadaa...dah selamat sampai last last Friday.
Ingatkan takde stock. Masa balik Paka, pergi Popular Mesra Mall takde.
So order thru MPHonline lagi senang, kalau ada stock, nanti diorang hantar terus.
Kalau purchase more than RM50, free delivery.

Saya mula tinggalkan tabiat baca novel bila masuk MRSM Taiping.
Sebenarnya lebih kepada tak sempat, banyak sangat assignment & aktiviti.
Lagipun dikelilingi budak-budak pandai, tekanannya melebihi paras normal.
Jadi nak baca novel2 melayu sambil berangan jumpa anak raja memang terasa bersalah sangat2.

Bila habis SPM, masuk UTM sekejap.
Tapi disebabkan pengaruh budak MRSM masih kuat dalam diri saya, jadi saya kurang membaca buku-buku yang kurang berilmiah (ewah).
Bila masuk UM lagilah langsung takde masa.
Kelas dari pukul 8 pagi hingga 6 petang, rehat cuma sejam masa 1st year, 2 jam masa 2nd year (wonder how I can survive).
Weekend pulak sibuk menggedik, tak pun sibuk jadi arkitek ukur Mid Valley & KLCC.

Bila pergi Jepun, tak pandang langsung novel melayu (eksen).
Masa tu sibuk nak improvekan bahasa jepun (konon).
Bila balik Malaysia semula, masa tu saya lebih kepada nak mengenali diri sendiri.
Jadi buku-buku yang saya baca pun lebih ke arah itu.

Tapi setahun yang lalu mengubah segala-galanya (eceh, macam ayat dalam iklan).
Balik kampung tak tahu nak buat apa.
Daripada bergolek-golek macam panda, baik saya baca novel anak buah saya.
Jadi bermulalah episod baca novel semula.
Anak-anak pun dah besar, dah pandai main sendiri.
So ada banyak masa untuk diri sendiri.
Tapi saya akui trend novel sekarang lebih kepada kahwin paksa, lepas tu jatuh cinta.
Takpe, nama pun hiburan. Lagipun kalau di rumah TV & handphone saya memang selalu kena hijack.
Nak keluarkan laptop. Malas.
Baca buku lagi senang. Boleh berhenti sesuka hati & dibawa ke mana-mana.

Kakak saya memang peminat novel. Jadi saya selalu pinjam dia sahaja.
Novel kak Melur Jelita, "Awak Suka Saya Tak", memang dah lama ada dekat rak buku.
Tebal sangat. Mim alif lam sin nak baca.
Tapi before balik kampung, terbaca status kakak saya di whatsapp.
Dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil.
Bila saya cari-cari novel yang hendak dibaca, saya nampak tagline itu.
Bila saya selak siap ada signature Kak Melur Jelita.
Saya fikir mesti best novel ni. And the rest....

Saya jatuh cinta dengan penulisan Kak Melur Jelita.
Novel-novelnya bukan love story sahaja tapi diselitkan kisah sejarah, kisah-kisah nabi & sahabatnya,
kisah-kisah teladan, nasihat-nasihat keagamaan & panduan suami & isteri.
Ayat-ayat yang santai tapi beralas & ada makna tersirat.
Tak perlulah saya review kesemua novelnya, boleh baca di http://www.goodreads.com
Yang pasti saya paling suka I Love You Stupid (ILUS).
Rasanya ramai yang suka, kalau tak, takkan sampai nak buat movie.
Sambungannya My Precious Iris (MPI) tapi tak sebest ILUS.
Dalam ILUS & MPI, Kak MJ guna background song 'A Thousand Years - Christina Perri'.
Jadi haruslah saya membayangkan hero dia macam Edward Cullen.
Ketiga-tiga novel Kak MJ ni memang menaikkan semangat saya nak beromantika dengan suami.
Takpe dah halal, kalau buat dapat pahala. Lainlah kalau belum.

Novel yang keempat, saya baru habis baca.
Tapi personally saya rasa kurang menyengat.
Maybe Kak MJ guna pendekatan baru compare to other books.
Cerita VAT 69 menenggelamkan cerita hero & heroin.
So kurang feel sikit. Novel-novel sebelum ini, gigih saya habiskan dalam masa 2 hari.
Tapi yang ini saya baca dengan begitu santai.
Bila dah nak habis, saya skip few pages, terus baca ending.
Tak macam yang lain, saya boleh ulang banyak kali time boring2.
Hope next novel Kak MJ boleh tulis novel yang sehebat ILUS.

A Thousand Years - Christina Perri


Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid
To fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow

One step closer

(Chorus)
I have died every day
waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

(Verse 2)
Time stands still
beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything
Take away
What's standing in front of me
Every breath,
Every hour has come to this

One step closer

(Chorus)
I have died every day
Waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

One step closer
One step closer

(Chorus)
I have died every day
Waiting for you
Darlin' don't be afraid,
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

No comments: