Sunday, September 07, 2014

Happy 32nd birthday to myself

Last 10 years was a turning point for me.

...Pertama kali diputuskan cinta (ayat tak boleh blah). Tulah orang suruh belajar, saya dok menggedik nak belajar bercinta.
...Pertama kali ada masalah kewangan.
...Pertama kali terlalu cuak sebab takut tak boleh grad on time.
...Pertama kali rasa menyesal yang begitu mendalam sehinggakan jika diberi pilihan saya ingin menukarkan apa yang berharga pada saya ketika itu dengan masa.
...Pertama kali jatuh tersungkur, terduduk & patah. Rasa hilang segala-galanya.

Sebelum ini bukan tak pernah jatuh, pernah. Tapi jatuh ala2 diva.
Sakitnya sekejap & mampu bangun semula dengan bergaya.
Boleh dikatakan hampir semua yang saya mahu sebelum ini, saya mampu dapat.
Bila tak dapat apa yang saya inginkan, jadi tamparan hebat untuk saya.
Tapi saya tidaklah mengharapkan sesuatu yang melampau, biasa2 sahaja.
Contoh :
Impian melampau - Lepas SPM nak masuk Harvard University.
Impian biasa-biasa saya - Lepas SPM dapat belajar luar negara pun dah OK.

Pertama kali jatuh tersungkur, terduduk & patah.
Susah & sakitnya nak bangun semula, Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Memang ujian yang Allah berikan tidaklah sehebat orang lain.
Tapi tanpa pengalaman, saya tidak tahu cara yang berkesan untuk bangun semula.
Lebih-lebih lagi berada di negara orang.
Mula-mula memang meroyan tak tentu pasal.
Lagipun, saya rasa sudah terlalu jauh dengan-NYA.
Jadi bila diuji, saya jadi malu nak meminta-minta.

Menangis macam perempuan gila pun apa yang saya dapat.
Alhamdulillah, Dia masih sayangkan saya, saya pasti berkat doa arwah mak & abah.
Dia masih lagi tunjuk jalan yang lurus untuk saya walaupun saya pernah lalai & leka.
Penawar penyakit hati sememangnya kembali kepada fitrah - sujud pada-NYA, berzikir & membaca Al-Quran.
Buatlah sebanyak mungkin, walaupun memakan masa, tapi insya-Allah semakin pulih.

Berubah & istiqamah bukan perkara yang mudah.
Walaupun sudah bertahun-tahun saya masih lagi dalam proses pembaikan & pemulihan.
Saya cuma manusia biasa.
Ada kalanya, saya malu sendiri dengan perlakuan & percakapan saya ketika itu.
Seperti tidak redha dengan ketentuan Allah.
Kalaulah boleh saya undurkan masa....

Walaupun ketika itu, saya rasakan semua yang kurang indah.
Tapi sebenarnya tahun itu jugalah, pertama kali saya menjejakkan kaki ke kampung suami saya.
Diulang 'KAMPUNG' ya, bukan negeri.
Takdir Allah, saya pergi ke kenduri kahwin sahabat saya, rumahnya cuma beberapa ratus meter dari rumah suami saya.
Dan tahun lepas baru saya tahu keluarga sahabat saya merupakan teman rapat abang ipar saya.
Ya Allah! Indahnya aturan-Mu.
Rupa-rupanya 10 tahun yang lalu bermula kisah jodoh kami.
Tapi kami berkenalan 3 tahun kemudian.
Terima kasih Ya Allah.

Saya bercerita untuk mengingatkan diri saya sendiri & berharap moga2 dapat membantu yang lain.
Disebabkan saya jatuh terduduk, tersungkur & patahlah, saya lebih mengenali diri saya.
Bukan mudah untuk saya dapatkan apa yang saya ada sekarang.
Tak ternilai dengan wang ringgit.
Dulu saya memang pernah rasa menyesal tapi sekarang tidak lagi malah saya rasa bersyukur.
Azimah yang berlagak, Azimah yang laser, Azimah yang pemarah, Azimah yang agak seksi,
Azimah yang gedik, Azimah yang suka merungut, Azimah yang etc, etc, etc.... mungkin sudah makin berkurangan.
Tapi untuk pupus sepenuhnya, mungkin agak sukar kerana sudah sebati dalam diri.
Tetapi sedaya upaya akan cuba saya kawal.

Jadi apa yang saya harapkan, selepas 32 tahun, saya akan terus istiqamah.
Untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
Bukan mudah, apatah lagi bila kita memiliki sesuatu tapi kita memilih untuk tidak menunjukkannya.
Iman pun ada turun, ada naik. Kadangkala saya terleka.
Saya berdoa agar Allah sentiasa lorongkan saya ke jalan yang lebih baik.
Supaya saya mampu & sentiasa melihat dunia dari sisi yang berbeza.
Lebih bersyukur, lebih menghargai & yang paling penting lebih tenang supaya saya tidak lelah dengan kehendak dunia.
AMIN.

Adamu - Najwa Latiff



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

No comments: