Monday, September 01, 2014

Rindu Awak 200%

Dula masa arwah mak ada, memang selalu follow drama melayu.
Saya jarang tengok dari episod awal.
Tapi bila balik kampung atau arwah mak datang melawat, saya selalu temankan arwah tengok drama.
Arwah mak pandai bercerita, jadi tak perlu tengok dari awal dah boleh tahu jalan cerita.
Saya ingat lagi. Masa saya baru balik Jpn, baru lepas habis drama Natasha.
Bila ada sambungannya, saya boleh tahu dari A-Z cerita dari siri yang pertama.
Arwah mak akan bercerita secara terperinci setiap watak.
Dan bila tengok drama, arwah mak macam juri profesional merangkap pengarah.
Kenkadang rasa nak gelak tergolek-golek dengan ulasannya.
Betapa rindunya dengan celoteh arwah mak.

Okey, back to the story.
Masa Nuzul Quran lepas, kakak datang bermalam di rumah.
Dia tengok drama 'Rindu Awak 200%'. Saya & suami pun join sekali.
Bila dah tengok sekali, mestilah kena follow sampai habis.
Suami saya semangat nak tengok sebab anak sulung saya cakap hero tu macam papa dia.
Tang mana pun saya tak tahu. Kecik2 lagi dah pandai membodek.

Kebiasaanya kalau saya follow drama, suami pun follow juga.
Kalau suami tengok bola, saya pun tengok jugak.
Dari tak tahu nama player, sekarang adalah kemajuan sikit.
Dulu kenal pun stock yang hensem2 jek. Yang tak hensem, minta maaflah nak tau nama.
Sebabnya ada satu TV saja. Saya memang tak nak beli banyak.
Sebab bagi saya, time tengok TV adalah salah satu masa untuk keluarga berkumpul.
Kalau ada seorang satu TV, bila masa nak berinteraksi & bermanja2 oppsss..

Saya tak nak ulas pasal drama 'Rindu Awak 200%'. Ramai yang dah ulas.
Cuma nak bagitahu, lagu Asfan dalam drama tu memang berhantu.
Sekali dengar nak dengar lagi :)
Saya rasa saya follow pun sebab lagu2 dalam best.

Maafkan aku - Asfan


Lama sudah kumencari bayang-bayangmu
Yang hilang bertahun-tahun yang makin reput
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Kulupakan cerita lama dan terus kembali

Maafkanlah aku
Bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa
Siapakah diri ini

Bila tiada lagi
Kusedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami
Cinta ini memerlukan kau dan aku

Tidak terdaya untukku menanggung rindu
Dan tidak terdaya aku melepaskanmu
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Kulupakan semua dan kembalilah

Maafkanlah aku
Bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa
Siapakah diri ini

Bila tiada lagi
Kusedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami
Cinta ini memerlukan kau dan aku

No comments: