Sunday, August 31, 2014

Happy 4th birthday my merdeka boy

4 tahun lepas, masa bersahur dengan arwah mak & abah, saya cakap dengan mereka,
saya hendak jalan2 di Jusco sebab saya rasa baby dalam perut macam kurang aktif.
Mungkin sebab saya kurang bergerak bila di kampung.
Beberapa minit selepas itu, tiba2 saya rasa sakit belakang.
Bila saya pergi bilik air, ada tanda darah.
Terus saya telefon suami di TPG suruh balik melaka.
Saya cakap relaks2 pun takpe, baru tanda.
Lagipun orang kata anak sulung selalunya berbelas2 jam.

Bila saya mandi, sakit belakang yang turun ke pinggang makin sakit (tak tergambar dengan perkataan) selang fews minutes.
Saya solat Subuh duduk, tapi rasa macam tunggang langgang.
Baru baca 3,4 ayat, saya dah mengerang semula. Nak habiskan Al-Fatihah pun berpeluh2.
Bila dah ready, kena tunggu abah pulak.
Abah ke masjid, handphone pun tak bawak.
Contraction dah less than 5 mins, so serba tak kena.
Saya panik & terkejut sebab mentally tak ready.
Dalam kepala ingat lama lagi nak full contraction so ada masa nak prepare mentally.
Saya suruh arwah mak call suami suruh balik sesegera yang boleh. Saya nak bercakap betul2 dah tak mampu.

Abah balik masjid dalam 7:15 pagi.
Dalam kereta lagilah sakit.
Tapi yang kelakar, abah boleh pula berhenti di bank nak keluarkan duit sebab dia takde cash.
Time tu bukan saya jek yang panik, arwah mak & abah yang dah 5 kali experience pun join sekali.
Padahal ada jek ATM dekat hospital & boleh jek bayar guna credit card.
Sampai Hospital Pantai pukul 7:45 pagi.
Nasib baik hari cuti, jadi jalan agak lengang.

Masuk bilik bersalin, nurse semua dah kelam kabut buat preparation.
15 min kemudian, Dr Hanisah sampai. Mesti doktor pun kelam kabut datang, kesian dia.
Suami saya dah tentu tak sampai lagi, arwah mak pulak tak nak temankan sebab takut. Jadi tiada siapa temankan saya.
Time nak bersalin, bila tiba2 nurse2 masuk, walau tengah sakit tak ingat dunia time tu, boleh pula saya malu2 walaupun semua perempuan.
Kalau ada lelaki, lagilah kot. Terus tak menjadi.
Jadi doktor suruh nurse2 tu keluar dulu, bila dah bersalin baru masuk. Memahami sungguh doktor.
Tepat pukul 8:20 pagi, lahirlah Muhammad Naufal yang tak sabar2 nak jenguk dunia, tak sempat nak tunggu ayahnya sampai dulu.
Doktor cakap nasib baik saya tak pandai lagi, kalau tidak mungkin dah bersalin dalam kereta...oppss.

Happy Birthday merdeka boy mama.
Mama sayang kamu sangat!!!

No comments: